Monday 29 May 2023

Menggapai Impian Melalui Bisnes BOTG Mobile Spa

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi hadir ke blog Mona.


    Semua orang punya impian tak kisahla impian itu kecil atau pun besar dan impian Mona adalah ingin menjadi suri rumah yang bekerjaya. Apa itu definisi suri rumah bekerjaya? Pada Mona menjadi suri rumah yang mampu menjana pendapatan sendiri sambil dapat menjaga rumah dan anak di depan mata. Selama lebih 10tahun bekerja sebagai Akauntan, Mona merasakan hidup terlampau sibuk tanpa sedar eh 10 tahun kehidupan ku berlalu begitu sahaja dan anak pula tiba2 dah masuk darjah 2. 


    Perbahasan di media sosial sering mengatakan ibu yang bekerja ini tidak ada keinginan menjadi suri rumah manakala suri rumah pula hanya tahu menghabiskan wang suami bila tak bekerja. Jadi menjadi seorang suri rumah yang bekerjaya sambil dapat menguruskan keluarga adalah sebenarnya impian setiap wanita bukan Mona seorang. Alhamdulillah dengan menyertai BOTG Mobile Spa Mona dapat menjadikan impian itu menjadi kenyataan.


    


    Selain saya dapat menjalankan perniagaan mengikut masa dan dijalankan di mana sahaja, saya juga dapat bertemu ramai kawan dibandingkan dulu yang bekerja seorang diri di dalam pejabat sebagai seorang Akauntan. Ini juga sangat baik kerana dengan BOTG Mobile Spa selain dapat menambah pendapatan saya ia juga membantu saya mengurangkan tekanan kerja sama ada di tempat kerja atau rumah. 

    

    

Impian Mona juga adalah dengan adanya instant cash setiap hari Mona tak perlu risau untuk berbelanja bila pendapatan hakiki Mona semakin berkurangan bila tibanya hujung bulan. Orang kata TAK PERLU IKAT PERUT bila adanya bisnes BOTG Mobile Spa.



    

 Selain daripada itu, walaupun Mona menjalankan perniagaan dari rumah, Mona diberi penghargaan atas pencapaian Mona sebagai Trainer BOTG Mobile Spa di mana Mona dijemput menghadiri brunch di DUCK Cafe oleh founder sendiri iaitu MASTER DUA BERADIK.

    Bukan main happy lagi masa Mona dapat jemputan tersebut kerana selama 10 tahun bekerja Mona tidak pernah di hargai di mana-mana event atau kerainan sebagai seorang pekerja. Jadi tak silap lagila keputusan Mona dengan menyertai bisnes BOTG Mobile Spa.

    Marila MENGGAPAI IMPIAN ANDA MELALUI BISNES BOTG MOBILE SPA bersama Mona.


P/S : dijemput juga para pembaca ke blog BOTG team kami tentanf bisnes mobile spa

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline


2 comments:

Hadhirah Zulkifli said...

Terbaik sharing sis!😍

Syuhaidah Rahmam said...

terus kuat dan bangkit sayangku :)