Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat datang ke blog baru Mona. Saya Mona Vitalady seorang akauntan juga seorang pejana SIDE INCOME 4 ANGKA sebulan dengan bisnes yang sangat mudah semuanya di atas talian ataupun ONLINE sahaja.
Kita semua terkesan dengan pandemik Covid 19 yang bermula dari awal 2020 sehingga kini May 2021 masih lagi belum nampak tanda kemenangan kita. Mona sendiri terkesan teruk start dari PKP 1.0 lagi dan jom Mona ceritakan serba sedikit bagaimana Mona cuba untuk mencari income tambahan di musim PKP
MARCH 2020 kerajaan Malaysia mengumumkan semua rakyat Malaysia perlu duduk dirumah dan bekerja dari rumah. Norma baharu dan semua rakyat marhaen terutama nya mula bimbang, mana yang gaji hari sudah tentu kebuntuan, seperti juga suami Mona yang bekerja hari, tiada gaji bulanan, Mona pula berpendapatan purata RM1500 sebulan, dan hakikatnya memang perbelanjaan tidak cukup ditambah lagi majikan mula menyatakan tidak dapat membayar gaji penuh jika kedai di tutup, maka kerisauan mula melanda.
Mona tak boleh duduk diam, anak ibu ayah adik masih ade di rumah nak ditanggung makan minum, maklumla ibu ayah sudah tua, mona yang menjaga, tak semena mena Mona mula fikirkan idea untuk menjadi seorang RUNNER dengan upah penghantaran dibayar mengikut kadar berpatutan. Niat mona nak membantu rakan yang berniaga AYAM GUNTING dapat membantu pelanggan menikmati ayam jualan nya di musim PKP 1.0 tanpa perlu keluar rumah, semuanya bermula dengan iklan secara online di FACEBOOK.
Inila cara pertama Mona mendapatkan SIDE INCOME DI MUSIM PKP. Mona share gambar2 dulu ya.
Seronok memang seronok, ade duit harian di tangan rm50 sehari jadila buat menampung beli lauk hari hari tetapi ada masalah mula timbul, kakak ayam gunting tak dapat nak rentas ambil bekalan niaga, dan kami stop buat COD makanan. Maka terputusla rezki harian Mona.
Bagaimana ni nak cari SIDE INCOME DI MUSIM PKP. Majikan pula paksa datang kerja sampai 3 4 kali dihalau polis suruh tutup kedai disaman pun pernah juga, tetapi Mona juga tak salahkan majikan sebab semua tertekan masa ni, dan disebabkan tekanan masalah kesihatan Mona juga merudum.
AUGUST 2020, keadaan semakin pulih, tetapi disebabkan tekanan di tempat kerja dan juga faktor industri yang tak tentu hala, Mona decide berhenti kerja dan mulakan kerja baru pada September 2020.
Tetapi Mona tetap fikir, aku kena cari SIDE INCOME DI MUSIM PKP sebab nya tak mustahil akan ada PKP sekali lagi.
Akhirnya Mona jumpa Project From The Lab By Dr Forrest. August 2020, Mona berjaya dapatkan income 3 angka sebulan. Tetapi September 2020 Mona dapat menjana 4angka income sebulan malah dapat lebih lagi dari gaji hakiki Mona.
Seronok nya hanya Tuhan yang tahu. Project From The Lab by Dr Forrest ni dapat berikan 3 benda di bawah :
π SIHAT
π CANTIK
π DUIT
Nak tengok buktinya, mestila Mona ada, nanti Mona share kan. Senang sangat nak cari SIDE INCOME DI MUSIM PKP ni anda hanya perlukan dua benda sahaja
π TELEFON
π INTERNET
Selain itu anda juga perlu ada JIWA DAN IMPIAN YANG BESAR. Kerana orang yang ada impian dia tahu apa tujuan dia menjalankan sesuatu perkara di atas dunia ini
Jika anda rasa anda pernah jatuh atau gagal, ingatlah jangan mudah berputus asa. Setiap masalah ade jalan penyelesaian nya cuma ia nya bergantung kepada diri anda untuk mencuba ataupun tidak.
Sekian sahaja nukilan daripada Mona Vitalady. Semoga berjumpa lagi di next posting. Assalamualaikum. Saya doakan anda semua dimurahkan rezki dan dipermudahkan segala urusan. Aminnnnn.
Salam sayang daripada Mona the Vitalady.
4 comments:
Alhamdulillah rezeki Allah ada dimanaΒ² kan .. dan rezeki tak pernah salah alamat .. tahniah kak .. semoga terus maju jaya membangun ummah β€οΈ
Insha allah terima kasih doanya dik semoga awak pun berjaya dalam apa jua yang awak lakukan ya... Aminnn
MasyaAllah Alhamdulillah terbaik Vita lady. I follow you
Alhamdulillah tq farah shabatku, i follow you too π
Post a Comment